Semalam, lapan penduduk di Seberang Marang, Marang membuat laporan polis apabila mendengar letupan kuat di perairan Pulau Kapas pada hari kejadian pesawat MH370 dilaporkan hilang. Hari yang sama, penduduk sekitar Kemaman termasuk Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam mendakwa terdengar bunyi kuat seperti letupan bom dari arah Laut Cina Selatan.
Hari ini, teganukita.my memetik dari Berita Harian mengenai dua kaki pancing di Pantai Tok Jembal dekat Kuala Terengganu, mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai daripada pesawat yang terbang rendah pada awal pagi, Sabtu lalu.
Zaidi Mohamad, 49, berkata dia melihat lampu putih yang berkelip itu ketika memancing bersama Mohd Jasmin Mokhtar, 46, sekitar jam 2.30 pagi sebelum ia hilang dari pandangan.
Katanya, 10 minit selepas itu dia melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat kira-kira setengah jam pada jarak 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing.
“Objek besar seperti pesawat itu seperti hendak mendarat kerana terbang pada paras rendah,” katanya ketika ditemui di tempat dia memancing di Pantai ToK Jembal, Kuala Terengganu semalam.
Zaidi berkata, dia tidak pasti sama ada pesawat dilihatnya MH370, tetapi berasakan ia ada kaitan.
Mengenai cahaya kuning, beliau berkata, ia berbentuk bulat dan semakin lama semakin besar serta menyala kira-kira setengah jam sebelum hilang dilindungi awan.
Mohd Jasmin berkata, dia turut melihat cahaya kuning terang berbentuk bulat selepas dimaklumkan Zaidi.
Home
»
macam-macam
» Saksi Lihat Cahaya Terang, Objek Besar Mahu Mendarat dari Perairan Pantai Tok Jembal : Apa Kaitan Dengan MH370?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment