0
"Adakah polis dan tentera kita mempunyai SOP untuk masuk tandas? Adakah mereka akan menanggalkan logo pada pakaian dan pangkat mereka yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad apabila masuk tandas? 

Ini adalah kerana Nabi saw telah mengajar kepada kita semua bagaimana hendak masuk tandas sekiranya kita ada memakai lambang yang ada kalimah Allah dan Muhammad.

Bagaimana pula SOP pemakaian kalimah Allah pada logo pakaian seragam untuk anggota bukan Islam dalam ATM, PDRM, Bomba dan Kastam?

Menurut apa yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam apabila masuk ke tandas Baginda akan meletakkan (di luar) cincin Baginda itu."

Menurut Asy-Syirazi sebab Baginda tidak membawanya masuk ke tandas kerana pada cincinnya itu tertulis perkataan ( Muhammad Rasul Allah ) (Al-Muhadzdzab 1/104)."




Oleh:Rozmal

Post a Comment

 
Top