0
Orang-orang albino Afrika menjadi objek buruan di Afrika untuk diambil bahagian-bahagian anggota tubuhnya hingga rambutnya, untuk digunakan daalam sebuah upacara ritual mistik. 

Sebahagian penduduk Afrika di beberapa tempat mempercayai bahawa hal ini membuat mereka kaya dan nasibnya beruntung.


Anak anak Albino di Tanzania

Lebih dari 50 orang albino di Afrika telah dibunuh di Tanzania dan Burundi pada tahun 2008. Dari 50 orang albino yang terbunuh tersebut, 20 orang albino Tanzania telah dibunuh dan dicacatkan untuk diambil bahagian-bahagian tubuhnya kemudian dijual di pasaran gelap. Dianggarkan saat ini di Tanzania terdapat 170,000 orang albino, dan mereka merasa terancam dibunuh.


Dua saudara albino berpose bersama orang tuanya

Mereka ini sebenarnya adalah orang kulit hitam dan berasal dari orang tua berkulit hitam atau ibu bapa kulit hitam dan kulit putih. Fenomena ini boleh berlaku kerana adanya penyimpangan atau mutasi genetik yang disebabkan oleh satu atau beberapa faktor.

Penyakit albino adalah penyakit yang tidak berjangkit kerana seseorang yang mengidap albino hanya tidak memilki pigmen warna sehingga warna kulitnya kelihatan lebih putih, bahkan sampai ke rambut.

 Orang albino yang ada di Afrika bukan dianggap sebagai manusia yang mengalami kekurangan pigmen, tapi justru dianggap sebagai seseorang yang mempunyai kekuatan sihir yang tidak akan pernah mati.

 Diskriminasi dan Kekerasan Orang-orang albino di Tanzania menerima perilaku yang mengenaskan dari orang-orang sekitarnya. Kerana dianggap sebagai makhluk yang berbeza, para penghidap albino memperoleh perlakuan yang keras, pemukulan, bahkan pembunuhan.

Mutilasi dan Ritual SihirSesuai dengan keyakinan masyarakat Tanzania, orang albino mempunyai kekuatan sihir sehingga tidak sedikit orang albino yang dibunuh, lalu organ tubuhnya dijadikan ritual sihir dan jimat pengasihan.

Hal ini dibuktikan oleh kejadian pembunuhan 62 orang albino dengan cara cacat, lalu diperjualbelikan pada tahun 2008.

Albino dan HIV Aids Selain mendapatkan dikriminasi perilaku yang kasar untuk orang albino di Tanzania, sebahagian warga primitif juga mempercayai bahawa bersetubuh dengan wanita albino dapat menghilangkan penyakit AIDS.

Oleh kerana itu, banyak wanita albino di sana yang kemudian menjadi mangsa rogol atas kepercayaan tersebut.

Semua ini boleh berlaku kerana banyak penduduk Afrika yang masih hidup dalam nuansa mistik khususnya di kampung-kampung di seluluh pelosok Afrika.

 ABC)

Post a Comment

 
Top