"Terima kasih Allah.. Engkau permudahkan isteriku Sakinah melahirkan anak dgn sempurna sekali. Terima kasih sgt pada isteriku Dayana kerana memberi sokongan kuat kepada kami semua..
Indahnya berkeluarga jikalau kita sama2 mencari kebahgiaan dan merasaikan bersama2 nya erti kebahgiaan. Alhamdulillah," demikian kata Ashraf Muslim sempena kelahiran anak sulungnya.
Untuk info, isteri keduanya Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.50 malam kelmarin di hospital Tropicana Medical Centre. Anak sulung mereka lahir secara normal dan seberat 2.51 kilogram.
Dalam pada itu, Wan Sakinah turut melahirkan rasa gembira dan syukur apabila anaknya itu selamat lahir kedunia.
Sebagai rekod, bayi tersebut merupakan zuriat pertama Ashraf selepas bernikah dengan dua wanita yang menimbulkan banyak kontroversi.
Tahniah diucapkan!
http://www.myartis.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment