0
MH370 - Sebuah Skrip yang Belum Siap!


"Selepas 35 hari, negara yang terlibat dalam pencarian MH370 terutama Australia masih mengagak bunyi ping dari kotak hitam. Perdana Menteri Australia begitu yakin, tetapi mereka yang terlibat dalam pencarian berkata ‘tunggu dulu’.

Kapal udara dan kapal laut dari banyak negara terlibat. Banyak juta wang sudah kelaut atas alasan mencari dan menyelamat, hasilnya kosong. Kapal-kapal dari Tentera Laut Malaysia juga dikatakan terlibat secara terus dengan ‘projek ini’ namun tidak banyak input dari mereka. Mungkin mereka ini hanya subcon dari Tentera Laut Australia.

Pencarian sejak akhir ini nampaknya lebih tertumpu kepada bunyi ‘ping’ yang dikatakan hadir dari kotak hitam berwarna oren itu. Sandaran harapan kepada kotak ajaib adalah satu perseribu daripada badan pesawat itu sendiri. Sekadar kotak itu boleh bercakap dalam bahasa komputer ! Tetapi percakapannya seolah dirasuk syaitan, kerana ia berubah-ubah tempat atau lokasi pada jarak yang bukan dekat. Suara komputernya juga dikatakan semakin serak dan kemungkinan akan hilang oleh kelemahan kuasa baterinya.

Rakyat yang bukan mahir teknologi masih menggunakan logik mereka tentang hal ehwal pencarian ini. Mereka masih menganggap setiap yang terbenam ke air pastinya akan timbul setidak sisa-sisanya. Pemerhati masih menunggu manggis yang dikatakan kargo pesawat bertan-tan beratnya itu timbul dipermukaan Lautan Hindi. Ia sepatutnya timbul dan bertaburan memenuhi permukaan air seperti bunga-bunga yang berguguran ditiup angin dalam musim bunga yang kering. Manggis itu pastinya dalam jumlah yang banyak. Bilangan anggaran bodoh dalam sekitar 4-5 ribu biji, kita tidak tahu mengapa dari beribu-ribu tiada satu pun yang timbul ? Atau ikan-ikan yang akan timbul dek kekenyangan tertelan biji manggis!

Ah! Segalanya belum menampakkan tanda penemuan. Titik penyelesaian kepada masalah ini semakin kabur. Segala yang bermula tidak nampak lagi akhirnya. Negara yang terlibat menampakkan masih gagal membuat rumusan awal. Kesedihan untuk keluarga yang terdekat masih terus tertahan. Anak-anak mereka yang terlibat masih mengharap kepada kepulangan ibu atau bapa mereka.

Bomoh dan dukun sudah lama hilang kerana barangkali malu dengan ramalan kosong mereka. Para peramal sudah kering idea tentang malapetaka ini. Pemberita Astro Awani mula kehabisan gas, lebih baik tumpu kepada pilihanraya di Indonesia atau mengskop berita tentang polis di tembak penjahat ! Begitu juga dengan Hisyamuddin dan kompani sudah tidak sekerap dulu mengomel di depan kamera tv. Mereka telah kehilangan kata untuk terus berjanji atau kehabisan suara untuk menyatakan yang benar.

Satu pertanyaan bermain dikepala, apakah ini satu kehilangan atau sebuah lagi episod drama yang skripnya masih belum siap?


Esmael

Post a Comment

 
Top