0
Michael Cornelius Selvam Vellu disifatkan sebagai seorang yang setia sehingga ke akhir hayatnya.


GEORGE TOWN: Nama Michael Cornelius Selvam Vellu mungkin kurang dikenali ramai namun hakikatnya beliau adalah antara 'orang kanan' tokoh DAP Karpal Singh.

Kelibat lelaki berusia 39 tahun itu sering dilihat di mana sahaja bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berada dan setia menolak kerusi roda 'bosnya'.

Anak perempuan Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo menyifatkan Michael sebagai seorang yang setia dan sentiasa berada di samping mendiang bapanya hinggalah ke akhir hayatnya.

Michael maut bersama Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak awal hari Khamis.

"Mendiang bekerja dengan bapa sejak lapan tahun lepas dan kami menyenangi karektornya yang ringan tulang," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata isteri dan dua anak Michael menetap di India dan keluarganya akan mempertimbangkan untuk menghantar bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka di sana.

Sangeet anak keempat mendiang Karpal Singh turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian bapanya.


Post a Comment

 
Top