3
Apa yang kita semua ketahui Karpal Singh adalah sorang yang amat lantang bersuara 
Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.
Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.

Pengerusi DAP dan MP Gelugor, Karpal Singh di sahkan meninggal dunia kemalangan di Kawasan Gua  Tempurung yang  melibatkan MPV milik beliau yang bertembung dengan sebuah lori dari hala bertentangan, pembantu peribadi kepada Karpal singh juga meninggal di tempat kejadian.
kejadian berlaku lebih kurang pukul 1 pagi melibatkan 2 mangsa maut di tempat kejadian dan 2 mangsa lagi cedera parah, keadaan lalu lintas di tempat kejadian terkawal.
Mangsa yang meninggal dalam kemalangan :-
1) Karpal Singh
2) C Selvam edayatti pangayam vellu.
Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi. – 17 April, 2014

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.
“Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.
Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."
Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu. – 17 April, 2014.

Uodeated:
Ramai yang marah-marah saya bila saya keluarkan artikel ni..kenapa?
Saya tidak bermaksud menghina mendiang,mencemuh jauh sekali,malah beliau adalah orng yang saya tunggu-tunggu bila tiba Buletin Utama setiap malam....kisah-kisahnya dalam politik memang menarik,logik walau kadang-kadang ada kala nampak macam tak boleh diterima akal.

Cuma apa yang saya cuba tekankan disini...cuma untuk peringatan sesama kita,tak kira apa bangsa sekalipun,apa agama sekalipun.apa fahaman sekalipun....jaga tuturkata,jaga budibahasa...bukankah mak ayah kita dulu pun ajarkan perkara yang sama...

Sebab...bila kita mati semestinya kita mahu oarang  kenang segala kebaikan kita,bukan orng akan menyebut segala keburukan kita...tak gitu?

Akhirkata...salam takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang...

Semua umat manusia akan mati,tak kira darjat,keturunan,bangsa mahupun agama...cuma bagaimana dan dimana cara kita mati,kita tidak tahu.....

Hikmahnya dan pengajarannya disini...Orang Islam harus bersatu,rakyat Malaysia juga harus bersatu...jangan jadikan budaya makihamun,carut mencarut budaya orang Malaysia....setiap agama tak ajar budaya macam ni...

Namun apa yang pasti 
Ingatlah...

Setiap yg bernyawa pasti akan mati.

Di mana dan bagaimana pengakhiran kita? Allahuallam.
Tidak cukupkah kematian itu sebagai pengajaran sehingga kita berani mencela kematian? Siapa pun dia....


Baca berikutnya:
Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati).

Lalu diberitahu kepada baginda:
“Itu jenazah seorang yahudi”.

Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sedang Nabi menghormati, apa kita ini lebih mulia dari Nabi?

Kita belum tahu lagi, mati tercela atau mulia.
Allahumma takhtim 'alaina bihusnil khatimah, wa la takhtim 'alaina bi suu'il khatimah.


salam takziah 

Post a Comment

  1. Karpal atau dap tolak dan tentang hudud bukan perkara pelik dan x patut jadi isu.pelik pemimpin umno islam yg terang terang tolak hudud.terengganu sudah tolak hukumbini dlm sidang dun. Ramai org umno yg mengaku islam tolak hukum Allah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah Selangor turut menolak hudud dan PKR sendiri menolak perlaksanaannya di Parlimen? Adakah Pemimpin tertinggi PKR bukan Islam?

      Delete
  2. No comment pasl politik, cuma nak ucap takziah kepada keluarga mangsa.. Itu saja..

    ReplyDelete

 
Top