0
Ekoran pendedahan yang dilakukan oleh beberapa portal mengenai isu seorang lelaki membuat laporan polis berhubung isu laungan azan di kawasannya terlalu bising,  beberapa maklumbalas yang menarik telah diterima untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian.

Berikut adalah antara maklumbalas yang diterima :

“Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu.

Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid tentang bacaan tarhim (sejenis bacaan yang dibaca oleh para muazzin) sebelum solat dan siri-siri ceramah fardu ain yang di pancarkan keluar dari masjid melalui lima belas (15) unit corong pembesar.

Menurut mereka ia terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar lima minit sahaja, tetapi jika tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah haji yang adakalanya mencecah pukul 11.00 malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari.

Nak mengadu takut dikatakan anti majlis ilmu dan anti-masjid maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biar pun salat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak-anak sekolah yang nak belajar dan lain-lain lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim, Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi masjid yang tidak ambil kisah.

Jika dulu kita di kampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca tarhim kita seronok sebab di dengari sayup-sayup sahaja, tapi tidak sama dengan suasana di taman-taman.

Rasulallah SAW pernah menegur sahabatnya yang membaca Aal-Quran di dalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika mengunakan lima belas biji speaker?

Sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah.
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak”

Wassalam. – Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang


KENALI LELAKI YANG BANTAH TAHRIM DAN LAUNGAN AZAN WAKTU SUBUH


suaratv

Post a Comment

 
Top