4
Jenazah Allahyarham Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar. 

Allahyarham dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil. 

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.) 
Gambar jenazah dengan wajah berseri dan liang lahad bercahaya, Al-fatihah-Gambar ini diterima daripada rakan blogger admin, menurut rakan blogger .

Beliau menerima gambar ini daripada seorang Ustaz dari Perak melalui aplikasi Telegram, kalau admin tersilap tentang lokasi kejadian tolong perbetulkan diruang komen.


Jasad adalah seorang wanita berstatus ibu tunggal yang meninggal akibat kanser payudara di Hospital Kuala Lumpur pada hari Ahad yang lepas.

Kejadian ini berlaku disalah sebuah tanah perkuburan kampung di Cangkat Jering Taiping Perak. Difahamkan amalan yang selalu dilakukan oleh jenazah ini ialah selalu berzikir sehinggalah akhir hayatnya. 

Semoga ditempatkan rohnya oleh Allah bersama para soleh dan solihin, Wallahu'alam.  




Credit Tikaqbuloh,brothersam

Post a Comment

  1. artikel ni ringkas sgt....tak menceritakan secara details bila masa keadaan kubur Allahyarhamah bercahaya.

    ReplyDelete
  2. Pembetulan...tidak wujud perkataan Allahyarhamah" hanya Allahyarham sahaja untuk lelaki atau wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas info..saya perbetulkan

      Delete
    2. subhanallah...kuasa Allah....tapi Mufti Peak suruh siasat dulu...
      mungkin juga...nampaknya seakan akan reflek cahaya matahari yang terkena pada kain putih di penutup keranda...wallahhualam

      Delete

 
Top