Hanya air mata teman Giat Hua.
Setiap hari sebaik mendengar deringan telefon, Giat Hua akan resah, gelisah dan berdebar, jika panggilan itu membawa perkhabaran buruk yang akan memilukan hatinya.
Dia seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya antara 239 penumpang termasuk krew pesawat MH370 yang masih hilang.
Kini sikapnya lebih membimbangkan sehingga enggan menemui sesiapa kecuali ahli keluarganya sahaja.
Rakan bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khor berkata, Giat Hua sering bertanyakan bila anaknya akan pulang setiap kali dia datang ke rumah pasangan warga emas itu.
Atas rasa keprihatinan beliau terhadap keluarga ini, Khor sentiasa meluangkan masa untuk melawat sahabatnya lima kali seminggu bagi menguatkan semangat mereka supaya tidak terlalu bersedih atas kejadian malang menimpa keluarga tersebut.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Tan Ah Ngo, 70, berkata, adiknya murung sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kesihatannya terganggu kerana masih menunggu kepulangan anaknya itu.
Ini jelasnya kerana, masih terngiang-ngiang di telinga Giat Hua akan janji, Jing Hang yang akan menghubunginya sejurus tiba di Beijing.
Sehingga sekarang ibunya masih menunggu panggilan itu malah menganggap anak bongsunya itu mungkin terlupa untuk menelefonnya.
Giat Hua jelasnya, tidak dapat terima hakikat anaknya masih hilang dan akan menangis setiap kali mendengar nama Jing Hang disebut, mahupun melihat foto anaknya.
Post a Comment