0
KUALA LUMPUR: Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston, berkata beliau optimis bahawa pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu akan ditemui di dalam masa terdekat.

Beliau berkata meskipun tidak begitu yakin sebelum ini, tetapi sekarang, keyakinannya kian bertambah.

"Saya kini optimis bahawa kita akan dapat mencari pesawat itu, atau apa yang tertinggal darinya, dalam masa terdekat," katanya semasa satu sidang media di Perth hari ini.

Namun, Houston berkata pencarian untuk pesawat itu adalah tetap mencabar.

"Saya ingin mendapatkan bukti yang kukuh, bukti bergambar, untuk memastikan itulah tempat MH370 berakhir," katanya.

Setakat ini, Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield, telahmengesan dua lagi isyaratdi kawasan pencarian untuk pesawat MH370, menjadikan jumlah isyarat yang dikesan kapal itu kepada empat.

JACC
Peta kawasan pencarian terbaharu yang dikeluarkan JACC pada Rabu

Houston sebelum ini menegaskan bahawa pasukan pencarian tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut buat masa ini.


Post a Comment

 
Top