sama2 baca entry dibawah...
Mengulas mengenai kematian pemimpin veteran DAP, Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan mendiang Karpal Singh yang dikatakan sebagai pejuang keadilan berakhlah lebih mulia daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, meskipun Karpal dilihat sebagai pejuang keadilan namun sikapnya yang tidak menghormati agama Islam adalah satu perbuatan melampau.
"Takziah kepada keluarga mendiang. Akhlaknya lebih mulia daripada Anwar. Satu perkara yang saya hilang hormat kepada Karpal ialah apabila mendiang tidak menghormati Islam dengan mengatakan 'langkah mayat dia dulu' sebelum Malaysia laksanakan hukum hudud'.
"Sikap ini amat melampau, tidak hormat agama Islam. Mendiang dikatakan pejuang keadilan tetapi tidak menghormati keadilan dalam Islam.Mendiang juga pilih kasih. Ini menyebabkan saya hilang hormat kepadanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Pembantu peribadinya, Michael Cornandez turut maut dalam kejadian itu.
Mengimbas kenangannya bersama mendiang, Ibrahim berkata, perkara yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika bertelagah dengan Karpal di Parlimen.
"Saya antara ahli Parlimen yang selalu bertengkar dengan Karpal di Parlimen. Saya masih ingat bagaimana marahnya Karpal kepada saya bila saya kata saya lulus undang-undang di Holiday Inn," katanya.
Ibrahim berkata, beliau turut merasakan kehilangan ahli politik dan peguam berwibawa itu yang memberikan sumbangan besar dalam mewarnakan politik Malaysia.
"Saya turut merasakan kehilangannya," katanya. – 17 April, 2014.
p/s ..memang benar..ramai yang merasai kehilangan mendiang..tiada lagi warna warni kisahnya dalam akhbar-akhbar mahupun media cetak...semuanya tinggal kenangan..kekal dalam lipatan sejarah politik tanahair.
Post a Comment