0
SELEPAS kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Vikingdom, KRU Studios sekali lagi menerbitkan karya baharu, Dendam Orang Mati.

Filem bercorak psycho thriller ini diarahkan oleh Jason Chong dan merupakan filem seram bagi pelakon jelita, Lisa Surihani.

Memegang watak utama, Lisa akui tidak yakin untuk berlakon dalam genre yang serius kerana ia agak kompleks dan sukar dihayati.

"Cabarannya terlalu berat untuk digalas. Saya perlu berlakon sebagai orang yang hilang ingatan dan perlu penghayatan mendalam agar nampak real.

"Malah watak Lena itu sendiri membuatkan saya risau sehingga meminta aktres Fauziah Nawi untuk membantu saya selama dua minggu bagi menyelami watak tersebut," katanya.

Filem seram ini mengisahkan Lena yang baharu tersedar dari koma dan menjadi amnesia akibat kemalangan yang dialaminya.

Dalam masa yang sama, gadis malang itu telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam terhadapnya.

Post a Comment

 
Top