Ditebak mengenai luahannya yang sebelum ini seolah-olah mahu merujuk semula dengan Erra Fazira, Emran mengambil langkah selamat untuk tidak memberi ulasan panjang.
"Maaf saya tiada nak komen apa-apa," ujar Emran kepada Zass menerusi mesej aplikasi WhatsApp. Sabtu lalu, Emran, 39, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju dengan tulisan #prayformomandayah.
Menerusi kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasrat ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.
Kenyataan Emran membuatkan rata-rata peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai tanda sokongan dan mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.
Bukan itu sahaja, Emran juga menerusi Instagram miliknya (@ iamkumbre) telah memuat naik gambar sekitar kota New York pada waktu malam dengan menyatakan perancangan untuk membawa Aleesya bercuti ke New York, Amerika Syarikat sebelum anaknya itu melangkah ke tadika September ini.
Kemudian dalam kapsyen pada gambar sama, Emran turut memasukkan dialog antara dia dan Aleesya di mana Aleesya bertanya: “Macam mana dengan ibu, ayah?” dan Emran menjawab: "Ya, dia boleh ikut sama. Apa kata Aleesya tanya sendiri pada ibu, jika dia mahu ikut kita ok."
Kata-kata itu juga mendapat sokongan ramai dan peminat juga amat mengharapkan percutian keluarga itu akan menjadi suatu kenyataan. Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.
Pray for them ;)
ReplyDelete