5

Agak kecoh sedikit baru-baru ni kes kubur seorang jenazah perempuan mengeluarkan cahaya di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Kubur Adzlin Lin Halimi keluar cahaya

Dari sumber-sumber yang tidak rasmi, jenazah adalah seorang ibu tunggal berusia 35 tahun bernama Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin). Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat kanser payu dara yang dihidapi.

Susulan daripada kejadian kubur Allahyarham yang dikatakan mengeluarkan cahaya, ada yang mengatakan Allahyarham sepanjang hayatnya sering berzikir sehinggakan 4 jam terakhir sebelum meninggal, arwah tidak berhenti berzikir menyebut Laila Haillallah sehingga beliau meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 20 April 2014 jam 8.52 pagi.


--------------------------------------------------------

Respon Mufti Perak Mengenai Kejadian Kubur Jenazah Perempuan Mengeluarkan Cahaya Sewaktu Dikebumikan

Banyak media yang membuat artikel mengenai kejadian kubur mengeluarkan cahaya ini, tetapi apa kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani mengenai kejadian.

Menurut Tan Sri Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

-------------------------------------------------------------

Kisah Kubur Bercahaya Di Changkat Jering, Taiping Hanya Rekaan semata-Mata?

Ada bukti sahih??? Tak ada.....
Ada laporan mengenai kejadian kubur jenazah mengeluarkan cahaya??? Tak ada....

Rasa-rasa betul ke cerita ni?????

Baca screenshot dibawah

Kubur mengeluarkan cahaya di changkat jering taiping


-----------------------------------------------------------------

Aku petik kata-kata Tan Sri Harussani mengenai kejadian ni.
Kalau betul kubur arwah mengeluarkan cahaya,  ianya petanda baik kepada arwah atas amalan yang dilakukan sewaktu hidup.....

Tapi kalau benda ni rekaan semata-mata.... photoshop editing, si tukang edit kena bagi pengajaran sikit.... Tak sepatutnya benda macam ni dibuat main.

 sumber

Post a Comment

  1. iklan melayang??iklan apa tu..akak x letak pulak iklan melayang tu

    ReplyDelete
  2. salam singgah balah kak.. apapun, kita doakan yang baik-baik saja untuk Allahyarhamah...

    tentang iklan yang dikatakan oleh saudara di atas tu, rasanya iklan h12. saya kena part tembak iphone. satu page iklan tu. mungkin bole dikecilkan, di bawah page saja.. maaflah mencelah, che akak.. salam kenal dan happy blogging.. :)

    ReplyDelete
  3. oo..ye ke..nnti akak cuba ubah..terimakasih yer

    ReplyDelete
  4. perkara macam ni pun boleh main2 ke?apa dah jadi dgn org melayu kita?

    ReplyDelete
  5. Perkara tidak akan terjadi tanpa sebab musabab,, kerana kita berada didunia logik akal

    ReplyDelete

 
Top