BACA KISAH INI SETERUSNYA
Walaupun jenazahnya dikebumikan...namun ia sebenarnya tidak mati...sebaliknya terus
hidup dan membesar di alam ghaib...
Sepertimana kanak-kanak biasa...ia juga ber-sekolah di alam ghoib.....sehinggalah ke
peringkat universiti sebagaimana di dunia ini.
Ketika umurnya dalam lingkungan dua puluhan maka teringatlah ia kepada ibunya yang masih
hidup di dunia...dan ia mengambil keputusan untuk kembali ke dunia dan mencari ibunya...
Maka datanglah si anak itu lalu merasuk serta bercakap melalui lidah ibunya...
Masa itulah si anak itu menceritakan asal-usul serta kisah hidup juga tujuannya datang...
Ibu mana yang tidak gembira...ia sesuatu yang tidak pernah di sangka-sangkakannya...dan si ibu menerimanya dengan penuh kepercayaan dan kesyukuran...
Ketika itu si ibu selalu ke pasar menjual sayur dan hal ini nampaknya kurang menyenangkan si anak...
Si anak meminta ibunya agar berhenti ke pasar kerana tidak sanggup melihat ibunya kepenatan sebaliknya duduk berehat di rumah saja....
Begitu mulia hati si anak yang baru pulang dari alam ghaib itu....
Dan sebagai ganti punca pendapatan....si ibu mendapat hasil pendapatan hadiah dari kebolehannya merawat juga berhubung dengan makhluk-makhluk halus...
Ini adalah kebolehan sampingan dari dampingan anaknya yang juga telah bertubuh halus itu....
Begitulah ia berterusan selama bertahun-tahun lamanya....dan dalam pada itu...nampaknya sianak itu ' kadang-kadang derhaka juga ' pada ibunya...
Setiap kali tibanya hari raya korban...si anak minta si ibu menyembelihkan untuknya seekor kambing...di samping menyediakan juga sepasang pakaian melayu serta songkok serba merah...
Si ibu pernah terlupa...dan akibatnya ia jatuh sakit agak lama...dan si anak memberitahu itu adalah pengajaran kerana tidak patuh kepada kehendaknya...
Malah si ibu yang bersifat mudah kasihan pernah merawat seseorang bukan Islam yang menjadi antara pantang larang besar si anak...
Akibatnya si ibu jatuh sakit....dan si anak memberitahu...itu adalah pengajaran kerana tidak patuh kepada larangannya...
Dan seperkara yang saya perhatikan antara lain yang menunjukkan betapa ' tak gunanya si anak itu '...si ibu selalu sakit..dan si anak memberitahu itu adalah dari sebab serangan atau gangguan dari penunggu itu dan ini...atau di sihir oleh sianu itu dan ini terutama orang yang tidak di sukai oleh si anak tersebut...
...sedangkan ada tandanya ia adalah ulah daripada si anak itu sendiri...
Moral....
Sebenarnya si anak itu adalah jin...samada jin ilmu saka keturunan...atau jin ilmu yang baru datang dan bijak mempergunakan keadaan...
Jin itu juga mempergunakan si ibu untuk cuba menguasai seluruh ahli keluarganya...agar yakin serta
patuh kepadanya...
...dan jin itu telah membuktikan...siapa sahaja yang berani membantah...akan menerima padah sakitnya.
Ini adalah antara taktik jin memperdayakan manusia dan jin yang berpengalaman tidak akan memaksa
anda kepada sesuatu yang anda tentang...atau anda tidak percaya...
....tapi ia akan menyelinap ke dalam kepercayaan dan cita-cita murni anda...dan akan memastikan
anda jatuh ke dalam jeratnya dengannya...
Wallahu a'lam
Adakah Makhluk Setengah Manusia Dan Setengah Buaya Yang
Dipanggil "ALLISAPIEN" Ini Adalah Makhluk Aneh Yang
Dipercayai Berasal Dari Manusia Pada Zaman Dahulu
Tetapi Telah Mengalami Perubahan Evolusi Yang
Tersilap Seperti Yang Di Dakwa Oleh Seorang
Ahli Paleontologist Iaitu Dr. Paul Ledbrader
Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam Jin"
‘Syaitan Syiqq’ yang menyerupai separuh manusia dan haiwan.
Sebenarnya Allah sudah menentukannya dalam rupa
bentuk sedemikian, bukan disebabkan perubahan
evolusi seperti yang didakwa oleh Dr. Paul Ledbrader
Adakah JIN Itu Beranak Pinak Seperti Manusia?
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk
matang dan menjadi baligh.
Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya
Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya
sehingga ke hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah
" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang
kembali beriman kepada Allah.
Adakah JIN Mempunyai Rupa?
Bolehkah Manusia Melihat JIN?
Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t.telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).
Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).
Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).
Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”
Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.
Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.
JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.
Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko(kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.
Tahukah ANDA?
Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentukpenyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.
Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia, maka ambil segenggam tanahdan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.
Buer adalah Presiden Syaitan. Ia dipanggil oleh Tukang Sihir
bila mereka mahu belajar falsafah serta logik atau mahu mengubati penyakit dengan menggunakan Herba Ajaib. Tetapi ia hanya boleh
dipanggil di waktu tertentu sahaja dan akan menjelma dalam bentuk
‘TAPAK SULAIMAN’ atau "Singa Berkaki Lima"
Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam JIN" |
Terlalu Banyak Cerita Pasal JIN/Syaitan. Padahal Adakah Ianya Benar Ataupun Tidak. Kadang-Kadang Kita Agak Kecewa Kerana Cerita-Cerita Yang Tidak Langsung Berlandaskan Kepada Akidah Sering Disajikan.
Kadangkala Sikap Orang Melayu Kita Pula Yang Sememangnya Suka Mencari Benda-Benda Yang Pelik (Untuk Kemegahan & Kehebatan) Dan Mempercayai
Roh-Roh Wali Kadangnya Terus Tersesat Didalam Mencari Yang Hak.
Post a Comment