2
Umum mengetahui, Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin semakin popular di mata dunia selepas melakukan pertunjukkan upacara ritualnya kepada umum di KLIA.Populariti Ibrahim naik mendadak kerana mendapat kecaman rakyat Malaysia termasuk dua ahli politik terkenal, Khairy Jamaluddin dan Bung Mokhtar.

Baru-baru ini, Bung Mokhtar tampil menyindir Raja Bomoh di laman Twitter dengan mengatakan upacara ritual tikar terbangnya sudah jadi parody orang ramai sehingga memalukan nama Malaysia di seluruh dunia.


Nampaknya, seorang lagi ahli politik negara bakal jadi mangsa tamparan buaya Raja Bomoh. Sebelum ini, Ibrahim turut memberi amaran kepada Khairy supaya tidak masuk campur jika tidak mahu apa-apa kejadian pelik berlaku ke atasnya. 

Post a Comment

  1. adoii susah nak komen n masuk campur pasal raja bomoh ni.. :)

    ReplyDelete

 
Top