Dalam adat mereka , perkahwinan pelik iaitu berkahwin dengan hantu sering dijalankan. Kita juga biasa melihat mereka menjalankan upacara berkahwin dengan hantu setiap tahun. Di China , orang sanggup menggali kubur dan mencuri mayat wanita dalam usaha mereka berkahwin dengan wanita tersebut.
Ada satu kisah di China terdapat 5 orang perompak yang cuba menggali kubur seorang wanita dimana 2 orang menggali dan lagi 3 orang berkawal untuk mencuri mayat tersebut dan mengahwininya. Namun cubaan mereka gagal kerana kubur tersebut tertimbus ketika mereka sedang asyik menggali. Akhirnya, dua orang perompak tertimbus dalam kubur tesebut. Makanya, tercapailah hasrat mereka untuk berkahwin dengan hantu atau mayat yang mereka gali. Selain itu juga, mereka mengambil barang-barang berharga yang ditinggalkan bersama mayat.
Berikut adalah berita berkenaan kejadian ini:
Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan. Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.
Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.
Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”.
Post a Comment