0
MELOR: Dugaan demi dugaan dihadapi empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden.

Bukan sahaja menanggung rindu yang menebal kepada ibu bapa, mereka turut berdepanmasalah di sekolah.

Sehingga kini mereka masih sukar mengikuti pembelajaran keranamasalah bahasa.

Aisyah, anak sulungAzizul Raheem dan Shalwati Norshalberkata, dia dan adik-adiknya belum dapat memahami secara menyeluruh Bahasa Malaysia.

Aisyah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala, Melormanakalatiga adiknya yang lain di Sekolah Kebangsaan Padang Kala.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata kerajaan sentiasa memantauperkembangan perbicaraanpasangan itu di sana.

Katanya, kerajaan tidak akan masuk campur dalam perundangan negara itu, dan biarlah mahkamah Sweden membuat keputusan yang dijangka akan berakhir 15 Mac ini.


Post a Comment

 
Top