3
Keluarga korban penumpang Malaysia Airlines histeria (Foto: CNN)  
 
BEIJING - Seorang ibu tua menanti dengan setia setiap perkembangan yang dilaporkan mengenai hilangnya Pesawat Malaysia Airlines. Dia menanti anak lelakinya yang berada di dalam pesawat tersebut.

"Anakku umurnya 40 tahun. Anakku.. Anakku.. Apa yang harus ibu lakukan untuk menemukanmu," ujar ibu itu di dekat ruang sidang media yang berkaitan hilangnya Malaysia Airlines, di Hotel Lido, Beijing, China, seperti dikutip CNN, Isnin (10/3/2014).

Pihak keluarga penumpang Malaysia Airlines hingga ke saat ini masih menunggu perkembangan berita mengenai kedudukan pesawat dan keadaan penumpang. Namun sudah dua hari, pencarian belum menemukan sebarang tanda jelas..

Perkembangan terakhir, Angkatan Laut Vietnam telah menemukan sebuah objek yang mengambang di perairan dekat pulau Pulau Tho Chu, Vietnam. Benda itu kini menjadi fokus pencarian oleh Vietnam National Search and Rescue (VNSR). Menurut jurucakap VNSR Hung Nguyen, helikopter sukar untuk mendekati titik objek kerana cuaca yang kurang memuaskan.

Empat negara yakni China, Vietnam, Singapura dan Malaysia, bergabung melakukan pencarian atas keberadaan pesawat berusia 11 tahun tersebut.

Majoriti dari penumpang Malaysia Airlines adalah warganegaraan China. Terdapat tujuh penumpang asal Indonesia yang hingga kini juga belum mendapat maklumat lebih lanjut. Namun, keluarga sudah dimintakan sampel DNA untuk kemungkinan perkara terburuk


p/s  MH370 saat tangan menadah doa,tanpa sedar airmata laju mengalir....Ya Allah..selamatkanlah mereka,kembalikankah MH370.....aku merayu keampunan dan pertolongan dariMU

Post a Comment

  1. Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. kita yang tak terlibat mungkin tak terasa mana.. cuba kalau anak2 kita atau mak ayah kita yang kena..

    lembutkan hati, tunjukkan sedikit simpati dan berdoa bersama2 agar mereka ditemui kembali dan segera ke pangkuan keluarga masing2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar..namun sebagai seorang ibu rasa sedih masih terasa,seolah anak sendiri yang mengalaminya..diharapkan semua mereka pulang dgn selamat...hanya doa dan harapan yang dititpkan

      Delete

 
Top