0

Pengguna pasport curi bukan pengganas

Sepang: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua individu yang menggunakan passport palsu untuk menaiki pesawat MH370.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu dikenali sebagai Pouria Nur Mohamad Mehdrad, 19, dipercayai warga Iran yang ingin bermigrasi ke German.

Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang dilapor hilang di Thailand oleh pemilik sebenar, sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mama-mana kumpulan pengganas.
Suspek warga Iran, Poria Nour Mohamad Mehrdad. FOTO Mohd Fadli Hamzah

"Kami sedang sedang mengenal pasti seorang lagi individu yang turut menggunakan passport palsu.

"Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapatkan maklumat daripada polis negara lain," katanya.

Post a Comment

 
Top