0
Isyarat dikesan di lokasi sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Perth: Sebuah kapal perang China, Haixun1 dilaporkan mengesan isyarat ketika menjalankan operasi mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi petang tadi, menurut agensi berita rasmi China, Xinhua.
Isyarat pada frekuensi 37.5Hz sesaat dikesan di lokasi sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.
Frekuensi itu adalah sama dengan siaran bagi pemancar pengesan lokasi pada kotak hitam sebuah pesawat.

Bagaimanapun masih belum ada pengesahan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat MH370 yang sedang dicari pasukan membabitkan tujuh negara itu.
Xinhua juga melaporkan beberapa objek terapung berwarna putih dikesan pesawat di kawasan pencarian.

Pasukan Penyelaras Agensi Bersama (JACC) berpengkalan di Perth masih belum mengesahkan perkara berkenaan. - Agensi


Post a Comment

 
Top