Soalan nya adalah sama ada angkasawan juga cuci tangan di bilik yang sifar graviti? Soalan ini dijawab oleh badan angkasa Canada melalui sebuah video yang di muat naik ke laman youtube.
Tanpa graviti, benda-benda di dalam stesen angkasa melayang seakan tidak berbobot. Tentunya sukar bagi angkasawan untuk sekadar membasuh tangan jika air yang digunakan sahaja melayang-layang tak keruan arahnya. Namun, Hadfiels mempunyai cara untuk mengatasinya. Ia menggunakan cecair cuci tangan khas yang dibuat dari campuran air panas dan sejuk serta sabun. Cecair itu diletakkan dalam beg khas dengan straw melekat di salah satu sisinya. 1. Keluarkan sedikit cecair dari poket melalui straw. Cecair yang seketika melayang membentuk gumpalan.
2. Ambil gumpalan air itu dengan telapak tangan dan gosokkan tangan sebagaimana mencuci tangan di bumi. Tahap ini harus dilakukan secara cepat sebelum cecair melayang ke langit-langit stesen angkasa.
3. Kemudian kedua tangan di lap dengan tuala, yang kemudian digantung pada langit-langit. Wap air dari tuala yang kering ditampung kembali di dalam stesen angkasa.Nantinya wap air tersebut diproses dan digunakan lagi untuk mencuci tangan para angkasawan. Tidak perlu lagi menggunakan sabun secara berasingan kerana cecair khas pencuci tangan sudah mengandung pembersihan. "Seperti berada di perahu layar di tengah lautan dan anda perlu membersihkan diri," kata Hadfiels.
Berikut saksikan video bagaimana astronaut Chris Hadfield mencuci tangan di dalam stesen angkasa:
Post a Comment